ANTARA yang menarik di Parlimen hari ini ialah tumpuan media yang diberikan kepada Najib Razak dan Syed Saddiq yang duduk sekerusi di lobi Parlimen.

Antara yang dibincangkan adalah mengenai penurunan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun.

Syed Saddiq sebelum ini membawa usul menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan telah mendapat persetujuan blok pembangkang secara bersyarat.

Najib Razak juga membuat kenyataan mengenai #Undi18 dengan menerima usul tersebut dengan syarat pendaftaran automatik dilaksanakan bagi golongan berkenaan.

Biarpun begitu, Najib menyuarakan kebimbangan sekolah yang akan dijadikan medan untuk menanam dakyah politik dan seterusnya merosakkan sistem pendidikan yang selama ini terkecuali dari segala agenda politik negara.

Perbincangan dua mata antara dua ahli politik yang berbeza parti adalah sesuatu yang diharapkan rakyat yang sudah jemu dengan perbalahan dan persengketaan sesama bangsa. – NTHQiBORD, 4 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.