TIDAK SAMPAI 24 jam selepas pelaku video semburit, Haziq Abdullah Aziz dipecat daripada PKR, satu demonstrasi mendesak Datuk Seri Azmin Ali diadakan di depan bangunan Parlimen hari ini.

Desakan itu dibuat kerana mengambil kira dakwaan Haziq bahawa Azmin merupakan pasangannya dalam video lucah itu.

Kira-kira 50 orang dari NGO Pertubuhan Belia Wangsa Maju berkumpul sambil memegang kain rentang tertera tulisan ‘Azmin Sila Letak Jawatan. Jagan Susahkan Tun dengan kes semburit!’

Mereka juga melaungkan desakan agar Azmin dipecat setiap kali kereta yang membawa Ahli Parlimen menuju ke bangunan Parlimen.

Salah seorang wakil kumpulan itu berkata demontrasi itu bertujuan membela Perdana Menteri Tun Dr Mahathir daripada terbelenggu dengan kes video seks songsang melibatkan Azmin.

Demonstrasi itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Laskar Jihad.

Esok, satu lagi demonstrasi mendesak Azmin meletak jawatan akan diadakan di depan pintu masuk Masjid Putrajaya lepas solat Jumaat.

Demonstrasi itu dianjurkan oleh NGO Anak Muda Tolak Semburit dan Bersih 7.0. – NTHQiBord, 4 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.