SATU serangan udara dipercayai didalangi Tentera Nasional Libya ke atas sebuah pusat tahanan pendatang mengundang kemarahan antarabangsa yang menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah perang.

Kejadian yang berlaku di pinggir bandar Tripoli semalam membabitkan lebih 40 pendatang mati dan 130 orang lagi cedera.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan, Osman Ali berkata, kumpulan tentera yang diketuai Khalifa Haftar itu membunuh secara mengejut insan tidak berdosa dengan cara yang tragis.

Dalam kenyataanya, Osman menyifatkan serangan itu amat kejam dan mayat ditemukan bergelimpangan pada lantai hangar bersama barang peribadi mereka.

Ketua pusat tahanan, Noureddine al-Grifi berkata, tahanan yang ditempatkan di hangar lain juga turut cedera dalam serangan berkenaan.

“Sebanyak lima hangar di Tajoura yang menempatkan kira-kira 600 orang pendatang dan pelarian,”

“Mereka yang ditahan mengalami kecederaan akibat daripada serangan pengganas itu,” katanya.

Kerajaan Perpaduan Negara (GNA) yang berpangkalan kawasan tersebut turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara ke atas pusat tahanan itu.

“Serangan itu sangat kejam dan ia berpunca daripada serangan kumpulan tersebut, ” katanya dalam satu kenyataan.

Tetapi,tiada piha mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Sementara itu, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Libya, Ghassan Salame menyifatkan ia bukan serangan biasa tetapi satu jenayah perang. – 4 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.