BIARPUN digantung empat hari digantung sidang Dewan Rakyat, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman masih berkeras dengan pendiriannya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu mahu Timbalan Speaker, Nga Kor Ming untuk memohon maaf kepadanya atas keputusan kontroversi itu semalam.

Tajuddin mendakwa, keputusan dibuat Kor Ming itu disifatkan sebagai menyalahgunakan kuasa ketika mempengerusikan mesyuarat itu.

Beliau juga akan menghantar surat kepada Yang Dipertuan Dewan Rakyat bagi menuntut Kor Ming memohon maaf.

“Saya minta Kor Ming sebagai Timbalan Speaker yang mempengerusikan mesyuarat (semalam) perlu minta maaf kepada saya, ahli dewan dan rakyat terutama kepada petani yang saya wakili suara rintihan mereka.

“Surat itu akan saya hantar Isnin ini. Sebagai Speaker ada peraturan, undang-undang, etika dan tatatertib yang perlu dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, tidak sepatutnya Kor Ming menidakkan haknya sebagai Ahli Parlimen untuk mengemukakan soalan tambahan bagi mewakili suara rakyat.

“Soalan saya berkenaan rakyat dan petani. Beliau patut dengar dan beri peluang untuk menteri jawab agar rakyat dapat mendengar tetapi beliau telah menafikan hak saya.

“Bagaimanapun, sekiranya beliau enggan berbuat demikian, kita serah kepada rakyat untuk menilainya. Saya akan bangkitkan perkara ini kerana wujud ketidakadilan di situ,” katanya. – 4 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.