CCTV Hotel Four Point Sandakan yang memaparkan Azmin Ali, Hilman dan Haziq tular di Youtube dan beberapa saluran sosial media.

Video CCTV yang berdefinisi tinggi (HD) dalam paparan berwarna itu dikeluarkan di Youtube menggunakan akaun Rahim Jaafar dan disebarkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Tun Carlos.

Maklumat dalam rakaman CCTV tersebut konsisten dengan keterangan Haziq yang mendakwa melakukan aktiviti semburit dengan Azmin sekitar jam 1 pagi pada 11 Mei 2019.

Video CCTV agak mustahil untuk dipalsukan kerana kedudukan sudut kamera yang lebih tinggi berbanding subjek yang dirakam dan kedudukan subjek yang tidak pegun.

Video CCTV juga menjadi medium rujukan pihak berkuasa untuk dalam sebarang siasatan tidak kira siasatan jenayah atau berkaitan dengannya.

Sebelum ini, tular video semburit yang jelas memaparkan Azmin dan Haziq yang melakukan seks luar tabii di hotel yang sama, dimana beberapa pakar digital luar negara turut mengesahkan video itu adalah tulen.

CyberSecurity Malaysia turut diberi tanggungjawab untuk menganalisis video mirip Azmin, namun masih tiada keputusan dilaporkan biarkan siasatan telah berlangsung 2 minggu.

Sehingga kini, Azmin Ali menafikan individu dalam video tersebut adalah dirinya dan menganggap video tersebut adalah konspirasi terancang untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang menteri, tambahan pula sebagai individu yang disebut-sebut sebagai bakal perdana menteri. – NTHQiBord, 4 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.