BIARPUN berdepan saman kira-kira RM250 juta, Dato’ Azwanddin Hamzah tidak gentar meneruskan perjuangan menentang Bangsa DAP yang sudah mengemukakan lima saman terhadapnya.

Kali ini, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) itu menerajui menerajui Gagasan Tiga (G3), sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Melayu dan Islam di negara ini.

Dengan tema G3 iaitu ‘Melayu Itu Hebat’, Azwanddin melafazkan ikrar untuk berjuang demi masa depan Melayu dan Islam selepas melihat kegagalan Pakatan Harapan memartabatkan bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam.

Timbalan Pengerusi G3, Amran Ahmad Nor berkata, gabungan NGO itu akan dibantu oleh lebih 50 NGO yang sudah nekad mengisytiharkan ‘perang’ terhadap Bangsa DAP.

Amran merupakan ahli seumur hidup DAP yang dipecat.

Antara pemimpin NGO yang menyumbang tenaga adalah tiga naib pengerusi iaitu Ariffin Abu Bakar (EPANCO), Rosli Othman (GEMUDA) dan Amilludin Latip (JMM), Setiausaha Kehormat G3, Ahmad Nazli Abdul Manaf; Ketua Penerangan, Datuk Zamshuri Ramli dan Unit Gerakan Muda, Abdul Rahman Sabaruddin.

Selain itu, puluhan AJK G3 yang terdiri daripada NGO seperti Pertubuhan Badar Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang dilantik akan terbahagi mengikut negeri dan bidang pengkhususan masing-masing.

Antara program awal yang dirancang ialah sesi ceramah dan himpunan di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka selain penyerahan memorandum kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh pemimpin DAP. – 5 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.