DAP adalah parti serpihan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party – PAP) yang ditubuhkan pada 1954.

Sejarah menyebut DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu de­ngan kata-kata kesat dan me­ngaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.

Sejarah DAP juga mengagungkan sosialis dan kesaksamaan, dan kerana itulah DAP memperjuangkan hak sama rata di Malaysia termasuk dari segi pengagihan ekonomi, hak sosial dan juga agama.

Terbaru, Parlimen yang dikuasai DAP telah membawa usul kesemua ahli Parlimen diwajibkan untuk mengisytiharkan harta walhal tiada keperluan bagi pembangkang melakukan pengisytiharan kerana tidak terlibat dengan perolehan kerajaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan isytihar harta sebagai konsep atau idea komunis dan sosialis.

“Sosialis ini dia kononnya hendak menghadkan kekayaan, ternyata negara-negara sosialis yang bertukar liberal, pemimpin sosialis itu paling kaya sekali,” katanya ketika sidang media di Rusila, Marang, hari ini.

Falsafah sosialis dan komunis

Hujah Hadi mengaitkan pengisytiharan harta dengan komunism adalah tepat kerana sifat komunis itu sendiri yang melarang bangsa lain lebih berjaya dari satu bangsa yang lainnya.

Jika mereka menyedari Melayu Islam lebih kaya, mereka akan gunakan segala hujah dan daya dengan menggunakan propaganda hak asasi manusia untuk menyekat daripada orang Melayu untuk menyimpan harta.

Sebegitulah sifat bangsa DAP yang tidak mahu bangsa Melayu lebih ‘berharta’ dari mereka.

Integriti

Pengisytiharan harta bukan pengukur kepada integriti. Seorang yang berintegriti haruslah seorang yang menjaga amanah rakyat sebaiknya dan tidak memungkiri janji.

Mengisytiharkan harta lebih kepada ‘black propaganda’ untuk mengugut individu tertentu supaya ‘takut’ dengan kecaman rakyat, walhal harta yang diperolehnya adalah dari kerajinan sepanjang usianya dan sumber yang berkat.

DAP ada taikun yang membiayai

Ramai ahli politik DAP berlakon zuhud tetapi sebenarnya mereka tidak. Contoh terbaru adalah Yeo Bee Yin merupakan isteri kepada jutawan Malaysia yang mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan besar di Asia.

Ngeh Koo Ham yang juga merupakan pemimpin tertinggi DAP mempunyai aset dan pendapatan paling tinggi dalam data Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Nga Kor Ming mempunyai banglo mewah yang sangat besar di Perak, dengan sumber kewangan yang besar hasil kerjasama bersama rakan taikun mereka.

DAP juga mempunyai dana yang cukup besar untuk melaksanakan perang media sosial, dan membiayai beberapa individu liberal untuk bercakap tentang hak asasi agar dapat menjentik anak muda Melayu membenci sesama Melayu.

Rakyat termakan dengan hasutan

Rakyat terus dimomokkan dengan hasutan bahawasanya ahli politik yang tidak mengisytiharkan harta adalah ahli politik yang korup.

Sedangkan korup hanya boleh dilabel sekiranya seseorang itu telah didapati bersalah di mahkamah kerana mencuri hasil rakyat, bukan kerana keengganan tidak mengisytiharkan harta.

Memaksa pembangkang mengisytiharkan harta adalah jalan terakhir bagi DAP untuk memperlihatkan pembangkang sebagai blok yang tidak boleh dipercayai, sedangkan mereka tahu asalnya Melayu adalah bangsa yang tekad, rajin dan kaya, manakala mereka pula memulakan hidup di Tanah Melayu ini dengan telapak tangan yang kosong. – NTHQiBord, 5 Julai 2019

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.