HAZIQ Abd Aziz secara rasmi telah pun dipecat dari PKR.

Keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin PKR itu telah disahkan oleh Biro Politik yang dipengerusikan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Namun, melalui satu kenyataan rasmi Anwar Ibrahim di laman Facebook beliau, Haziq dipecat kerana membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti, sekali gus melanggar kod etika parti.

” Pengerusi Lembaga Disiplin, Ahmad Kassim menegaskan, Haziq telah membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti, sekali gus melanggar kod etika parti..”

Kenyataan yang dibuat 3 Julai itu tidak menyatakan pemecatan Haziq adalah disebabkan salah laku aktiviti semburitnya dengan Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR.

Apakah ini bermakna tiada tindakan atau undang-undang dikenakan jika mengaku melakukan hubungan sejenis bersama rakan dalam parti?

Haziq yang juga merupakan Ketua AMK Santubong mengaku secara jelas dan nyata bahwasanya beliau adalah individu di dalam video semburit bersama Azmin di Hotel Four Point, Sandakan.

Manakala Azmin menafikan individu bersama Haziq itu adalah dirinya.

Sekurang-kurangnya, PKR harus menghukum Haziq atas kesalahan mengaku melakukan hubungan seks luar tabii, yang boleh menjejaskan nama baik parti melainkan parti ini sendiri yang ‘menghalalkan’ perbuatan semburit sesama mereka.

PKR dilihatkan antara parti yang mempunyai banyak konflik moral sejak awal penubuhannya sehingga menjadi sebahagian dari kerajaan kini.

Jika pihak tertinggi PKR hanya memandang isu semburit sebelah mata, akar umbi patut bangkit menentang jika benar masih ada anak jantan di dalam parti PKR. – NTHQiBord, 5 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.