Isu penggunaan dwi bahasa pada padan tanda di Tanjong Sepat mengundang kemarahan orang ramai. -Gambar Ihsan Utusan Online

ISU papan tanda bahasa Mandarin yang digunakan di Tanjong Sepat, Selangor selesai apabila Menteri Besar Amirudin Shaari mewajibkan penggunaan bahasa Melayu pada pada tanda di seluruh negeri itu.

Amiruddin berkata pelaksanaan itu dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan isu papan tanda jalan dalam bahasa Melayu juga sudah dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kerajaan negeri menetapkan bahawa semua papan tanda jalan negeri Selangor akan menggunakan bahasa Melayu sahaja.

“Ini selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/ 1967 dan perihal ini turut mendapat perhatian Tuanku Sultan yang telah memberi titah dan nasihat agar kerajaan negeri memartabatkan bahasa Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, penggunaan papan tanda dwi bahasa di Tanjong Sepat mencetuskan kemarahan rakyat sedangkan Sultan Sharafuddin menitahkan hanya bahasa Melayu sahaja boleh digunakan.

Titah berkenaan dibuat baginda pada November tahun lalu, susulan isu serupa di Shah Alam. – 5 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.