INKUES Adib masih berjalan dan bagaimana konklusi masih lagi menemui jalan buntu.

Adib masih lagi tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan kita masih tertanya-tanya siapakah yang menyebabkan berkorbannya hero dari Bomba dan Penyelamat itu pada rusuhan kuil Seafield, USJ 26 November tahun lalu.

Baru-baru ini Mahkamah Koroner telah pun memanggil dua saksi yang dicadangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) namun gagal mendapatkan jawapan sepatutnya.

Koroner Rofiah Mohamad kemudian memanggil Amir Rafzi Ab Ghani yang merupakan tenaga pengajar Fizik di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UITM akan dipanggil memberi keterangan selama 2 hari, pada 16 dan 17 Julai ini.

Pakar Fizik diperlukan untuk melakukan kiraan kelajuan EMRS bagi mengenalpasti punca kecederaan Adib.

Sehingga kini, seramai 29 saksi yang terdiri daripada orang awam dan pakar, termasuk doktor yang merawat Adib sudah dipanggil untuk memberi keterangan. – NTHQiBord, 5 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.