DESAKAN agar Datuk Seri Azmin Ali meletakkan jawatan diteruskan lagi hari ini selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu terpalit isu video seks songsang.

Demontrasi menggesa Azmin melepaskan jawatan diadakan di bulatan Putrajaya dengan dihadiri kira-kira 20 anak muda.

Mereka membawa sepanduk tertera ayat yang mendesak Azmin meletak jawatan dan menolak menteri yang dikaitkan kes video semburit.

Anak-anak muda itu turut melaungkan ‘Tolak Semburit’ setiap kali kenderaan yang lalu di kawasan itu.

Walaupun dimaki oleh segelintir orang yang lalu-lalang di kawasan itu, mereka masih meneruskan demonstrasi tersebut.

Malah ada seorang lelaki yang mendakwa dirinya penasihat Azmin, Khalid Jaafar mengganggu demonstrasi itu dengan mengaitkan khutbah solat Jumaat agar menolak fitnah.

Namun kumpulan anak muda itu bertegas mereka tidak memfitnah tetapi hanya menyuarakan kebebasan untuk menyatakan rasa tidak puas terhadap isu itu.

Semalam, demonstrasi yang hampir sama diadakan di luar bangunan Parlimen bagi menuntut desakan yang sama. – 5 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.