KEADAAN ekonomi fiskal berada pada tahap membimbangkan apabila hutang hampir mencecah 1 trillion.

Ekonomi rakyat juga tidak berada pada tahap memberangsangkan kerana kekurangan pekerjaan, kuasa beli menurun, harga sewa bangunan semakin mahal dan cukai tempatan yang semakin mencekik darah.

Di Melaka, para peniaga di bahagian kraftangan Dataran Pahlawan Megamall Melaka tertekan kerana perniagaan mereka makin sunyi tanpa kehadiran pengunjung.

Para peniaga mendakwa pihak kerajaan tempatan hanya tahu memungut sewa bulanan dari peniaga kecil tanpa melakukan apa-apa inisiatif untuk membantu promosi Dataran Pahlawan yang seterusnya dalam melonjakkan jualan kraftangan mereka.

Keluhan peniaga itu disuarakan pada ruangan komen laman Facebook Melaka Kini yang kerap menyiarkan info semasa berkenaan negeri Melaka.

“Begini lah keadaan setiap hari di bahagian kraftangan Dataran Pahlawan Megamall Melaka, keadaan yang membunuh peniaga2 kecil Melayu, apa sudah jadi.?, diminta pihak kerajaan dan pihak2 berwajib bantu kami keluar dari kepompong ini dan bukan hanya tahu cukup bulan mintak sewa kedai tapi tak pernah fikir kesesakkan peniaga2 kecil ini untuk mencari rezeki…”

Namun tidak kurang juga komen netizen yang menyalahkan susun atur yang tidak strategik, bangunan, lokasi, ruang parkir kereta yang menyumbang kepada kemerosotan jualan.

” Tempat ni susah nak cari parking….raya aritu p sna beli baju batik murah gak…” – Ênï Williams

” location tak bape strategik min.kalau ade tmpt khas untuk hasil kraftangan di kawasan luar area bandar hilir insha Allah ade yg berkunjung.pendapat dari anak jati muda melaka..lubuk kalau tak ada ikan umpan bagus mane pun tetap tak ada hasil min…” Asri Fazer

” Bina sebuah banggunan khas utk menjual kraftangan jgn duk menumpang atau menyewa di banggunan org itu jadinya diletakan ditempat tersorok mcm berniaga dlm gua setiap kerajaan negeri perlu peka perkara ini produkpe lancongan mesti ada keutamaan terutama melaka negeri pelancongan…” – Suraya Sulaiman

Dataran Pahlawan, adalah lokasi pelancongan yang cukup terkenal bagi pelancong dari luar negeri Melaka.

Sekurang-kurangnya, kerajaan harus konsisten melakukan promosi di media mahupun sosial media lokasi perniagaan mereka ini, selain menurunkan harga sewa bagi meringankan beban peniaga.

Kerajaan negeri Melaka juga perlu menambah baik ruangan parkir, atau memindahkan mereka ke lokasi strategik yang terbuka jika serius untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat.

Bangunan membeli belah mega itu dibangunkan ketika Barisan Nasional mentadbir Melaka dan kini diteruskan oleh parti Pakatan Harapan di mana Ketua Menterinya adalah dari parti AMANAH, Adly Zahari. – NTHQiBord, 5 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.