PIHAK pemaju, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) digesa membina laluan pejalan kaki untuk keselamatan pengguna LRT Jelatek.

Gesaan itu dibuat oleh Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad yang bimbang terhadap risiko kemalangan yang dihadapi pengguna pengangkutan awam.

Katanya, laluan pejalan kaki itu perlu dibina antara kawasan projek Datum Jelatek dan Jalan Enggang di Taman Keramat.

“Buat masa ini mereka yang turun dari Stesyen LRT Jelatek untuk ke Taman Keramat terpaksa berjalan di atas jalan raya di Jalan Enggang. Tidak ada siar kaki (laluan) yang khusus dan ini amat merbahaya”.

“Keadaan lebih membimbangkan sebelum pukul 7 pagi di mana keadaan masih gelap dan kenderaan kemungkinan besar tidak nampak mereka yang berjalan kaki, ” katanya.

Selain itu, beliau berharap agar laluan yang dibina juga selamat daripada bahaya daripada pembinaan projek tersebut seperti objek yang jatuh dari bangunan yang sedang dibina.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa PKNS dan MPAJ tidak ada masalah bagi menyediakan laluan pejalan kaki tersebut dan akan menyelesaikan isu berkenaan.– NTHQiBord, 5 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.