PERDANA Menteri Tun Mahathir Mohamad mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh jemaah Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci tahun ini.

“Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada para tetamu Allah yang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

“Semoga peroleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air,” kata beliau dalam catatan di akaun Twitter dan Facebooknya.

Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci semalam dengan penerbangan Malaysia Airlines.

Operasi haji tahun ini yang membabitkan 30,200 jemaah akan melibatkan 62 penerbangan dengan yang terakhir dijadual berlepas pada 4 Ogos. – 5 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.