TIDAK cukup dengan penggantungan empat hari daripada menghadiri sidang rakyat, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terus ‘diserang’ oleh Bangsa DAP yang cuba ‘menutup mulut’ Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

Semuanya hanya kerana Tajuddin menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman Bangsa DAP yang cuba menghapuskan raja-raja Melayu pada tahun lalu.

Beliau juga membangkitkan kebimbangan terhadap usaha penganut Kristian bersama rakan mereka dalam DAP menyebarkan agama itu di negara ini selain mahu menubuhkan negara republik.

Kebimbangan Tajuddin itu berasas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang majoritinya beragama Islam.

Namun akibat terlalu lantang bersuara terhadap DAP, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Anggota Parlimen Damansara Tony Pua memfailkan saman terhadap Anggota Parlimen Pasir Salak itu.

Kedua-dua ahli politik DAP itu memfailkan saman tersebut di di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Mac lalu.

Tajuddin bukan satu-satunya pemimpin Melayu yang cuba ‘disenyapkan’ oleh Bangsa DAP dengan ugutan saman dan sebagainya.

Nasib yang sama berlaku kepada Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato’ Azwanddin Hamzah apabila disaman empat menteri DAP hanya kerana memperjuangkan hak Melayu.

Azwanddin sebelum ini mempersoalkan pakaian Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong yang berpakaian ala-komunis di hadapan tentera Melayu.

Beliau membangkitkan isu itu atas kehendak orang Melayu sendiri yang keliru dengan cara pemakaian Chin Tong.

Akibatnya, Azwanddin disaman RM20 juta hanya membawa suara resah orang Melayu.

Tidak cukup dengan itu, Azwanddin disaman lagi oleh Menteri DAP, Teresa Kok hanya kerana mempersoalkan kaitan ahli politik itu dengan insiden rusuhan di kuil Seafield pada tahun lalu.

Insiden rusuhan itu juga menyebabkan Azwanddin disaman oleh Menteri Perpaduan Waytha Moorthy yang nafi terlibat dalam kejadian itu.

Azwanddin menyuarakan perkara itu atas keresahan orang Melayu tentang kemungkinan kaitan Kok dan Waytha dengan insiden itu. – 5 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.