SHAMSUL Iskandar Mohd Akin semalam mengeluarkan kenyataan bahawa seramai 20 permohonan diterima untuk menggantikan Haziq Abd Aziz di Pejabat Timbalan Menteri Industri Utama.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah syarat Shamsul berkenaan fizikal calon terbabit.

“Buat masa sekarang ini saya akan bekerjasama dengan bahagian sumber manusia untuk lihat kelebihan calon-calon ini. Lingkungan umur mereka pun ada yang mencecah 50-an. Apa yang penting, dia memiliki badan six pack (memiliki perut dengan ketulan otot yang kekar),” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, calon-calon tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan termasuk wartawan senior daripada media cetak dan elektronik.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendiriannya untuk lebih berhati-hati dalam memilih calon yang sesuai bagi memastikan calon tersebut benar-benar layak menggalas tugas itu.

Sebelum ni, Haziq Abd Aziz, bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Iskandar itu juga mempunyai susuk tubuh badan ‘six pack’ dan gemar meluangkan masa di pusat kecergasan dan bina badan. – NTHQiBord, 5 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.