UCAPAN YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa dan ‘membuka pintu’ untuk penyatuan semua pemimpin Melayu dilihat sebagai tindakan yang sangat tepat dan saya menyambut baik ucapan tersebut.

Tun mula menyedari bahawa orang Melayu itu harus duduk berbincang bersama dan memikirkan untuk survival politik orang Melayu.

Semalam adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang Melayu yang selama ini sangat diharapkan. Kita lihat bahawa Tun mulai sedar dan beliau sendiri membuang egonya selama ini dan berasa bertanggungjawab terhadap perpecahan orang Melayu selama ini.

Adalah diharapkan ini adalah merupakan satu kejujuran dari beliau dan bukanlah satu strategi politik terdesak atau cubaan untuk mengalih perhatian terhadap isu sebenar Azmin Ali, kerana isu ini telah menyebabkan rakyat sedang dan semakin menyampah dan hilang kepercayaan kepada kerajaan hari ini

Antaranya yang melibatkan penubuhan banyak parti Melayu dan di dalam perkara ini,
Tun telah menyedari orang Melayu sudah berpecah kepada enam parti dan semalam beliau sanggup merendahkan diri dan egonya yang amat tinggi sebelum ini. Diharapkan begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Melayu lain, apakah mereka juga akan membuang ego mereka atas kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu yang hari ini berada dalam ancaman kepada Bangsa DAP?

Tun ingin ‘membuka buku baru’ tentang kuasa Melayu dan dilihat tindakan yang amat tepat kerana beliau tahu dan mengakui gabungan pemimpin Melayu harus dilakukan dengan segera.

Ucapan Tun semalam merupakan tajuk utama senario perbualan politik terkini dan hangat di perkatakan bukan sahaja di kalangan ahli politik malahan, kumpulan Melayu itu sendiri bercerita disemua tempat samada di Hotel mahupun di kedai kopi.

Kini orang Melayu terutamanya pemimpin Melayu besar yang ada harus membincangkan hal ini dan perlulah membuangkan semua ego masing masing dan memikirkan untuk penyatuan semua Melayu bagi meghadapai PRU 15 nanti.

Di dalam keadaan politik yang tidak menentu dan penguasaan Bangsa DAP ini, kenapa pula pemimpin Melayu masih lagi terus menerus mempertahankan ego masing masing sedangkan kesemuanya sebenarnya tidak memikirkan masalah pendidikan serta tidak berani lantang mempersoalkan ekonomi dan pertahankan Institusi Diraja. Apa yang sebenarnya hanya mementingkan jawatan serta kuasa semata mata.

Ayuh saya juga menggesa pemimpin Melayu yang menerajui semua Parti supaya mula memikirkan tentang penyatuan Melayu dan mengapakah mereka perlu menentang serta masih lagi pertahankan ego diri sendiri.

Kita perlukan hal-hal Melayu yang ada perkongsian kuasa dan kini tibalah masanya untuk semua pemimpin Melayu tidak lagi melatah dan perlu muhasabah diri kepada penyatuan Melayu.

Pemimpin Melayu lain kenapa masih lagi ego? Mereka tidak perlu lagi memikirkan siapa yang kuat, siapa yang berkuasa, siapa yang mencatur dan berpengaruh, tetapi harus mulai sedar pada hal hal penyatuan melayu di negara ini dan mengembalikan kuasa politik kaum Melayu.

Jelas sekali gesaan Tun ini telah membuka satu dimensi politik negara dan kita pasti Tun sendiri sedang merancang yang terbaik untuk menyatakan semua pemimpin Melayu.

Saya amat berharap agar pemimpin Melayu negara kita tidak akan jadi seperti di negara Israel, yang mana mereka dilihat begitu hebat sedangkan mereka dikelilingi oleh negara-negara Islam yang tidak ada muafakat dan tidak mustahil hari ini DAP telah berjaya memecah-belahkan Melayu dan akan terus menguasai Tanah Melayu kerana disebabkan orang Melayu sendiri telah berpecah.

JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH
Presiden
JARINGAN MELAYU MALAYSIA(JMM)
Pengerusi
GAGASAN TIGA (G3)
6.7.2019

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.