SERUAN Tun Mahathir yang mengajak semua orang Melayu sertai parti itu nampaknya menimbulkan rasa tidak selesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata Bersatu pernah menerima kemasukan beberapa pemimpin UMNO dan telah melakukan proses saringan sebelum diserapkan ke dalam parti itu.

Untuk kali ini, beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri itu perlu konsisten dengan pendirian untuk tidak menerima pemimpin yang terlibat dalam 1MDB.

“Sebelum ini Dr. Mahathir ada sebut tentang ‘cooling period’ untuk buat penilaian sebelum menerima keahlian pemimpin tersebut, jadi saya harap apa yang di cakap adalah konsisten dengan apa yang berlaku sebelum ini..” katanya dalam sidang akhbar di Perpustakaan Digital Pulau Pinang di sini hari ini.

‘Cooling period’ yang dimaksudkan Guan Eng adalah kawalan, tapisan individu dari UMNO sebelum dibenarkan ‘melompat’ ke Bersatu.

Ini bermakna, tidak semua layak menyertai Bersatu bagi pemimpin DAP itu.

Mengikut perlembagaan Bersatu, parti komponen lain tidak mempunyai hak untuk mencampuri hal keahlian parti, serta terlibat dalam pemilihan-pemilihan tertentu dalam Bersatu, melainkan lantikan yang berkaitan dengan organisasi Pakatan Harapan itu sendiri.

DAP jelas tidak senang hati dengan langkah kanan perdana menteri, kerana beliau gusar dengan penyatuan Melayu yang besar akan menyebabkan DAP hilang kuasa dan kedudukan hari ini. – NTHQiBord, 6 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.