LAGI pengumuman pelantikan untuk mengetuai negeri diumumkan, setelah lima Ahli Majlis Tertinggi baharu UMNO dilantik.

Kali ini, Zahid Hamidi melantik empat Ketua UMNO Bahagian yang menyokongnya, mengetuai negeri masing-masing.

Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan dilantik mengisi kekosongan kerusi pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor selepas Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob meletakkan jawatan pada Mei lalu.

Ketua Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin pula diumumkan sebagai timbalannya.

Anggota Parlimen Arau Shahidan Kassim pula kembali menerajui Umno Perlis selepas digantikan Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin tahun lalu.

Manakala Anggota Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin kekal sebagai timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan untuk mengumumkan perkara itu, Annuar berkata pelantikan berkuatkuasa serta-merta.

Siapa Nadzari?

Mat Nadzari merupakan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor dan Adun Batang Kali.

Jawatan nombor satu UMNO Selangor itu kini disandang individu dianggap kurang popular berbanding wajah politik yang lain dalam negara kerana kurang aktif di media sosial dan juga jarang muncul di media perdana.

Hal ini sedemikian juga telah membataskan Nadzari dengan keseluruhan rakyat Selangor amnya dimana beliau hanya dikenali rakyat di Batang Kali sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Jika akar umbi UMNO Selangor selesa dengan Nadzari, mungkin ia satu kelebihan, tapi dalam mata kaca rakyat Selangor, Mat Nadzari bukanlah calon ‘favourite’ untuk menjadi trend baru di Selangor dalam melawan kerajaan Pakatan Harapan.

Shahidan Kassim ‘godfather’ Perlis

Perlis dan Shahidan Kassim bukanlah sesuatu yang asing.

Shahidan Kassim dianggap ahli politik yang ‘heavyweight’ serta mahir dalam seni politik tanah air, dan mungkin kerna itulah Shahidan sekali lagi dilantik menerajui UMNO Perlis.

Ketua UMNO Bahagian Arau merangkap Ahli Parlimen Arau itu sangat dikagumi rakan dan lawan dalam politik, serta sangat lantang mengutarakan hujah di Parlimen.

Walau bagaimanapun, nama Shahidan terpalit lumpur dalam isu moral apabila dikaitkan dengan salah laku cubaan untuk mencabul gadis bawah umur pada tahun lalu. – NTHQiBord, 6 Julai 2019

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.