SEMALAM Tun Mahathir mengajak semua orang Melayu termasuk UMNO untuk menyertai Bersatu.

‘Ajakan’ Perdana Menteri itu mendapat maklum balas ramai pemimpin UMNO termasuklah Tan Sri Annuar Musa.

Annuar Musa, yang merupakan Setiausaha Agung UMNO turut melakukan hantaran di Facebook beliau sebagai jawapan balas.

Annuar bertegas bahawasanya seruan tersebut tidak akan dilayan oleh orang Melayu kerana parti itu bertanggung jawab memecah kecilkan orang Melayu hanya disebabkan persengketaan peribadi antara pemimpin tertentu.

Antara petikan penulisan Annuar Musa adalah;

” Orang Melayu juga merasa sangat tertipu dgn politik Bersatu yg telah menipu pengundi dgn menabur gula-gula dalam manifesto semata mata untuk mendapat undi tapi langsung tidak menunaikan janji mereka…”

” Bersatu juga meneruskan agenda DEVIDE N RULE dgn masuk ke Sabah dan Swak yg pastinya merosakkan kesatuan orang Melayu dan bumiputera di sana…”

” Bersatu juga bertanggungjawab terhadap menularnya budaya songsang,liberal,lgbt dll yg semakin bebas..”

” Bersatu juga di lihat bertanggung jawab menggadai kuasa dan kedudukan Melayu kpd DAP,terutama nya posisi strategik spt menteri kewangan,menteri penerangan,AG,SPRM dll dan menghakis hak Melayu..”

” Lebih buruk lagi bersatu di lihat sebagai parti peribadi Tun M,dan ketiadaan Tun sbg PM merupakan titik mati yg pasti bagi bersatu..”

” Sehingga sekarang Ahli umno dan Pas semakin padu dan Istiqamah.Penyatuan Melayu melalui dua wadah ini bakal membentuk GELOMBANG BESAR yg akan membersihkan kotoran dan sampah yg di tinggalkan sekutu DAP termasuk bersatu..
Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU utk membentuk penyatuan Melayu tidak akan di layan oleh orang Melayu..”

” BERSATU bukanlah jawapan kpd cita cita dan aspirasi perjuangan orang Melayu…”

” Seeloknya ahli bersatu segera berhijrah MENINGGALKAN DAP ke bahtera lebih besar UMNO-PAS..dan sama sama menyahut MUAFAKAT NASIONAL yg di pimpin gerakan orang Melayu dan Bumiputera Islam bersama rakan semua bangsa dan agama..
ORANG MELAYU TIDAK AKAN MEMAAFKAN PERBUATAN BERSATU MENGGADAI HAK DAN POSISI ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA KEPADA DAP…”

Apa yang pasti, ketegasan Annuar Musa dalam menolak ‘ajakan’ Tun Mahathir menggambarkan prinsip kesetiaan yang besar Ahli Parlimen Ketereh pada parti UMNO yang telah berganjak usia 73 tahun.

Walau bagaimanapun, keberanian Tun Mahathir mengajak Melayu untuk bersatu padu harus dipuji memandangkan parti itu selama ini gemar mengikut telunjuk DAP. – NTHQiBord, 6 Julai 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.