MENGULAS mengenai seruan Tun Mahathir Mohamad agar semua parti Melayu termasuk UMNO sertai BERSATU demi orang Melayu.

Untuk makluman Tun Mahathir, tak perlu kami parti UMNO menyertai BERSATU.

Malaysia sudah sekian lama wujud perikatan parti- parti yang kekal sejak merdeka lagi.

Kepelbagaian parti tu adalah lumrah dalam Malaysia ini kerana perbedaan ideologi yang ada.

Kalau benar Tun Mahathir kata demi orang Melayu maka elok lah jika BERSATU muhasabah diri akan hala tuju Pakatan Harapan itu sendiri yang didominasi DAP.

BERSATU hanya minoriti dalam gabungan Pakatan Harapan yang mana majoriti bukan Melayu menguasai kerajaan.

Sebagai rujukan Tun Mahathir, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat semuanya hanya bertahan selama satu penggal sahaja selama ini.

Saya yakin Tun Mahathir juga nampak bahawa Pakatan Harapan yang menang pilihanraya dengan fitnah dan penipuan ini akan kalah teruk pada PRU15 nanti.

Saya jemput Tun Mahathir dan BERSATU untuk bersama Barisan Nasional.

Parti perikatan yang sejak dahulu telah membuktikan semangat Malaysia dengan Melayu sebagai majoriti dalam kerajaan tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

Jika benar Tun Mahathir kata demi Melayu maka ayuh bubarkan Parlimen dan kita jayakan agenda kerajaan Melayu Bumiputera bersama Barisan Nasional dan PAS. – 6 Julai 2019.

WAN MUHAMMAD AZRI,
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.