ISU video semburit yang membelenggu Datuk Seri Azmin Ali disifatkan sebagai kifarah (balasan) terhadap sikapnya yang terlalu benci kepada UMNO, kata Datuk Razlan Rafii.

Razlan berkata, tarikh 11 Mei lalu merupakan tarikh yang mengejutkan bagi semua rakyat negara ini apabila tersebar video yang tidak senonoh dan jijik itu di semua media sosial.

Beliau tidak menyangka peristiwa yang telah berlaku sekitar tahun 1997, 1998 itu berulang kembali dalam pentadbiran yang sama dan digambarkan perbuatan itu dengan perkataan “semburit”.

“Kita bukan nak berbangga dengan kemusnahan PKR dan di bulan mulia syawal kita dihidangkan dengan perkara yang amat buruk dan jijik.

“Tapi tidak pernah terfikir peristiwa yang hampir hilang 30 tahun dulu berulang semula dan ianya terjadi dalam parti yang ditubuhkan itu juga,” katanya.

Namun, Mohd Razlan menyifatkan ini adalah kifarah buat Azmin kerana amat membenci perjuangan parti UMNO pada suatu ketika dahulu.

“Ni adalah kifarahlah. Kifarah kepada seorang (Azmin) yang amat benci dengan perjuangan UMNO. Macam UMNO ini tidak pernah berjaya di dalam tanah air kita”.

“Sedangkan kalau kita lihat perjuangan UMNO, kalau kita lihat masa Anwar kena teruk, kita UMNO jarang dan hampir tidak mendengar perkataan-perkataan yang terlampau jijik kepada satu-satu parti”.

“Kita melihat Azmin Ali menuduh orang UMNO begitu teruk dan ini adalah kifarah, kembali kepada beliau”, katanya.

Razlan berkata, pemerintahan Mahathir dulu (ketika menjadi Perdana Menteri keempat), rakyat disajikan dengan drama pergaduhannya bersama Anwar yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

“Pergaduhan itu mencetuskan kontroversi sehingga Mat Sabu (Mohamad Sabu) sendiri menggelar Anwar sebagai Al-Juburi,” katanya.

Razlan berkata, setiap perbuatan dan kesalahan Anwar pada masa itu didedahkan sendiri oleh Mahathir sehingga tercetusnya adegan mengheret tilam ke mahkamah.

Jelasnya, pada masa itu, hanya akhbar menjadi rujukan buat orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut selain pendedahan kakak Anwar sendiri iaitu Ummi Hafilda.

“Dan kini dalam pentadbiran Mahathir juga, cetusan kontroversi yang sama pula melibatkan Azmin dengan Bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama iaitu Haziq Abdullah Abd Aziz.

“Persoalan demi persoalan terus timbul dan bilakah permainan jijik untuk menjatuhkan sesama bangsa akan berhenti?” soalnya. – NTHQiBord, 6 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.