PADA Jumaat lepas, dalam Majlis Sambutan Hari Raya Bersatu Johor di Johor Jaya, Tun Dr Mahathir mempelawa semua parti Melayu bergabung di bawah Bersatu.

Pelawaan Mahathir itu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Khairy berpendapat gesaan mahathir itu perlu dilihat daripada sudut yang positif, seperti dilapor Astro.

Dalam ucapan Khairy ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat, beliau menyatakan orang Melayu sekarang sudah berpecah lebih empat dan ini bermakna undi Melayu juga sudah berpecah.

“Ada yang terus mengeluarkan kenyataan kata tak mahu dan ada juga yang gesa beliau (Dr Mahathir) meminta maaf, kenapa tidak kita ambil positif dulu kerana bagi saya niatnya adalah betul sebagai seorang ayahanda dan ahli negarawan.”

“Kita mungkin tidak bersetuju dengan Dr Mahathir mengenai banyak perkara tetapi mengenai isu Melayu yang berpecah, saya fikir itu betul,” kata Khairy

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa semua pihak agar melihat dari sudut positif pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Khairy berkata Dr Mahathir mempunyai asas dalam membuat pelawaan tersebut dan menganggap Pengerusi Bersatu itu mempunyai niat yang betul untuk menjadikan perpaduan Melayu kembali kuat.

Sebelum itu AJK PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi turut bersetuju dengan kenyataan Mahathir orang Melayu berpecah dan makin lemah dari segi politik.

Namun, Khalil tidak bersetuju pelawaan Mahathir supaya orang Melayu menyertai Bersatu.

Adalah lebih baik bagi beliau orang Melayu bersama-sama PAS dan UMNO. – 7 Julai 2019

1 COMMENT

  1. Kalau KJ nk bersujud dgn pengkhianat..xpyh ajak org lain,hanya UMNO untuk org melayu,UMNO bkn parti serpihan…yg pecahkan org melayu Mahathir bin Mohammed,dialah yg menjahanamkan melayu…PPBM,Parti Pengkhianat Bangsa Melayu…, insyaallah UMNO tetap ujud,xada sebab UMNO hendak diharamkan…jgn termakan ckp manusia munafiq,Dapat kuasa pun cara MENIPU rakyat..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.