MANGSA pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga.

Sudahlah menanggung segala macam penderitaan fizikal, sesi persekolahan yang tidak menentu, kini pihak kerajaan DAP-PH menafikan pula punca masalah mereka.

Kes yang paling berat ialah membabitkan adik Irfan Wafiy. Difahamkan, dia mangsa paling lama ditahan di hospital iaitu selama 10 hari.

Akibat keadaan Irfan tidak bertambah baik, Hospital Sultan Ismail (HSI) merujuk kes Irfan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Hasil pemeriksaan mendapati anaknya itu positif Myokymia susulan terhidu gas beracun yang mengakibatkan kegagalan fungsi paru-parunya. Penyakit ini seakan-akan parkinson.

Kemudiannya Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mahu pemeriksaan lanjut dilakukan.

Dr Lee kemudiannya menyatakan penyakit Irfan tiada kena-mengena dengan pencemaran Sungai Kim Kim.

Dr Lee juga mendakwa berdasarkan rekod kesihatan Irfan, kanak-kanak itu lahir tidak cukup bulan dan ada masalah kesihatan ketika usia empat tahun.

Tetapi, adakah Dr Lee tahu bahawa sebelum kejadian pencemaran Sungai Kim Kim itu, Irfan seorang pelajar yang normal dan aktif.

Irfan hanya mengalami masalah selepas kejadian pencemaran udara itu.

Jadi, Idham Wazir, ayah kepada kanak-kanak malang ini ada alasan yang kuat kenapa beliau menerjah program Menteri Alam Sekitar, Yeo Bee Yin tempoh hari.

Idham memaklumkan penyakit yang menimpa Irfan bermula sejak dia dimasukkan ke HSI dan selepas kejadian pencemaran udara.

Idham juga mempunyai alasan yang jelas jika dia mahu menyaman pihak yang terlibat dalam insiden membabitkan anaknya.

Inlah sikap pemimpin DAP-PH, bagi mereka nyawa dan kesihatan rakyat tidak bernilai.

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dikecam kerana tidak bertidak terhadap kilang-kilang yang menjadi punca pencemaran.

Akhirnya, terbongkar bahawa kilang milik suaminya terletak di kawasan terbabit.

Kejadian di Pasir Gudang ini juga membuatkan Ahli Parlimennya, Hassan Karim yang juga daripada PKR berbeza pendapat dengan kerajaannya sendiri.

Sebagai rakyat, khususnya yang menjadi mangsa, anda berhak untuk menyaman pihak terlibat atau menerima pampasan sewajarnya.

Pada masa yang sama, kilang yang menjadi punca pencemaran mesti ditutup demi menyelamatkan nyawa dan memastikan kesihatan rakyat terjamin. – NTHQiBORD 7 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.