BEBERAPA hari lalu, tular di media sosial yang menunjukkan persembahan tarian tango dalam majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia 2019 (TVET) di UPM.

Majlis tersebut di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan, yang Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, dari Bersatu.

Rata-rata netizen mengkritik aturcara tersebut.

Seorang blogger, Cucu Tok Selampit berkata Tarian belly dance sudah. Sekarang ini tarian tango pula. Selepas ini pasti tarian tiang.

“Nampak perut sudah, nampak peha sudah, dah tak lama nampak habis.”

“Jahanam integriti Pendidikan Negara. Sedih apabila majlis konvokesyen ini dimeriahkan dengan majlis tari menari berpelukan lelaki dan perempuan,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan apakah ini pembaharuan yang dimahukan oleh Malaysia Baharu? Melahirkan graduan yang tenggelam dalam dunia hedonisme?

Ada kalangn netizen yang meminta mufti dan institusi agama berani ke depan dalam menegur kerajaan DAP-PH dalam isu-isu sebengini.

Tidak kurang juga yang menyifatkan ini adalah sebahagian daripada agenda puak liberal yang ada dalam kerajaan hari ini.

Sebelum ini turut kecoh apabila tarian belly dipersembahkan dalam suatu majlis Kementerian Pendidikan Malaysia di Perak.

Walaupun pihak penganjur memohon maaf kemudiannya, namun sudah menjadi tabiat DAP-PH, buat dahulu selepas itu mohon maaf jika ramai membantah.

Adakah ada harapan nasib Islam dan Melayu terbela di bawah kerajaan DAP-PH. Mungkin tidak. – 7 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.