KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan dijangka akan membentangkan cadangan untuk mengadakan pilihan raya tempatan atau pilihan raya PBT.

Perkara ini dinyatakan oleh Raja Kamarul Bahrin Shah, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Dewan Rakyat hari ini.

Keputusannya dijangka akan diputuskan pada hujung tahun ini.

Selepas memenangi PRU14 lalu, DAP telah mencadangkan diadakan pilihan raya PBT.

Namun, cadangan DAP ini telah ditolak oleh Tun Dr Mahathir pada Disember tahun 2018.

Mahathir berpendapat perkara itu boleh mengundang konflik antara kaum dan melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar

PAS juga menolak cadangan itu ketika itu masih lagi bersama Pakatan Rakyat selepas gabungan itu mengusai beberapa negeri selepas PRU12.

Pandangan PAS dan Mahathir adalah selari dalam hal ini.

Kawasan bandar didiami ramai kaum Cina, sementara luar bandar pula orang Melayu

Pilihan raya PBT dibimbangi hanya akan menguntungkan DAP dan merugikan orang Melayu.

Cadangan kali ini adalah usaha berterusan DAP untuk melaksanak pilihan raya PBT.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pilihan raya tersebut sememangnya menjadi sebahagian daripada perjuangan DAP.

Oleh itu, parti-parti Melayu wajar membantah cadangan ini. Bukan menolak total pilihan raya ini tetapi bimbang agenda yang bakal dilaksanakan oleh DAP.

Dalam keadaan tanpa pilihan raya PBT pun, DAP dilihat benyak mencampuri urusan orang Melayu dan Islam, maka apa jaminan jika mereka menang pilihan raya PBT?

Dari segi sejarahnya pilihan raya PBT ini pernah diadakan sebelum tahun 1964.

Sistem kerajaan Tempatan ini sama dengan yang dilaksanakan di Britain. Setelah Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957, sistem ini diubahsuai mengikut acuan tempatan.

Pegawai tertinggi PBT dan ahli majlis dipilih oleh rakyat. Selepas mereka menang, ahli majlis akan bertindak sebagai penasihat dan penggubal undang-undang kecil di PBT.

Namun sistem pilihan raya ini dimansuhkan kerana banyak masa terbuang dan prestasi perkhidmatan tidak juga meningkat.

Pada tahun 2006, wakil DAP, Teresa Kok pernah mencadangkan supaya pilihan raya PBT ini diadakan semula.

Selepas Pakatan Rakyat menguasai beberapa negeri pasca PRU12, DAP sekali lagi mencadangkan diadakan pilihan raya PBT.

Sehingga kini terdapat 101 daripada 192 negara di dunia yang mengadakan pilihan raya PBT. – 8 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.