Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

TUN Mahathir Mohamad hari ini menegaskan orang Melayu tidak perlu menubuhkan parti baharu untuk mmperjuangkan nasib mereka.

Pengerusi Bersatu itu berkata, orang Melayu untuk mempunyai empat parti iaitu Bersatu, UMNO, PAS dan PAN.

Jelasnya, penubuhan parti baharu bukan penyelesaian untuk orang Melayu.

“Politik adalah perkara serius, bukan untuk puaskan hati mana-mana pihak.

“Parti adalah untuk berjuang (demi orang Melayu) dan kita sudah ada empat parti.

“Kalau ada masalah, kemukakan kepada mereka. Jangan buat parti lagi,” katanya kepada media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata PH tidak akan menerima lebih banyak (penubuhan) parti baharu kerana perkara itu akan menyusahkan.

“Jika pilihan raya, masalah akan timbul apabila memilih calon kerana semua nak jadi calon.

“Kita tidak mempunyai ramai calon kerana banyak kawasan untuk bertanding.

“Asalkan mereka masuk dalam parti yang sedia ada, maka ia tiada masalah,” katanya. – NTHQiBord, 8 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.