SEJAK kebelakangan ini, DAP nampak semacam gembira. DAP memang bergembira, sedang ketawakan bangsa Melayu, sedang gelakkan politik orang Melayu.

Apabila Datuk Seri Azmin Ali dikaitkan dengan video semburit, DAP langsung tidak keluarkan kenyataan membela Azmin walaupun mereka dalam ‘kapal’ yang sama, tidak seperti ketika DAP membela Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kes Liwat 2.0 dahulu.

Kita faham, kita tahu DAP tidak suka Azmin. Mereka tidak bela Azmin dan terlalu sibuk ‘gelakkan’ orang Melayu kerana hal Azmin ini akan menyebabkan PKR berpecah dua dan Anwar semakin terdesak untuk dapatkan sokongan DAP kerana nak jadi PM ke-8.

DAP gelakkan politik Melayu PKR kerana Anwar akan tunduk pada bangsa DAP sebab mereka ada 42 MP untuk sokong Anwar.

Terbaharu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap mengenai betapa orang Melayu kena bersatu, DAP tersentak seketika.

DAP tidak suka dengan kenyataan itu, mereka tidak suka Melayu bersatu sebab apabila Melayu kuat, DAP jahanam.

Lebih dari itu, kalau Melayu bersatu-padu, Anwar tidak dapat jadi PM, Lim Guan Eng terlepas peluang nak jadi TPM.

Tetapi, dalam geram gelabah itu, bangsa DAP mulai berasa lega dan kembali ketawakan orang Melayu jua bila tengok orang Melayu masih mengamalkan politik dendam.

DAP dah belajar satu perkara pada PRU14 – jika mereka amalkan politik dendam, mereka tidak akan ke Putrajaya.

Jika Lim Kit Siang terus berdendam dengan Mahathir yang pernah penjarakan dia dan anaknya, DAP akan gagal pada PRU14.

Bila mereka lupakan dendam mereka pada Mahathir semasa PRU14, DAP hari ini jadi kerajaan di Putrajaya.

DAP mulai tertawa apabila terbaca catatan di FB, portal berita yang rata-ratanya menolak kenyataan Mahathir untuk Melayu bersatu, ahli parti Melayu rata-rata tolak pelawaan Mahathir.

Maknanya dendam akar umbi pada Mahathir masih kuat, maknanya Melayu tidak akan bersatu dan Mahathir tiada pilihan selain akan terus ‘peluk’ DAP erat-erat untuk kekal jadi kerajaan.

Bila DAP masih jadi kerajaan, semua pun tahu, mereka akan teruskan dasar hakis sedikit demi sedikit hak Melayu, keselamatan negara kian tergugat, agenda agama bangsa DAP makin giat dilaksana sambil nasib umat Melayu Islam kian terpinggir, macam kes arwah Adib dan banyak lagi.

Wahai saudaraku bangsa Melayu dan Islam, saya minta kita berpolitik secara bijaksana, tolak politik dendam atau membuta-tuli demi agenda pertama – kita kena tumbangkan DAP kerana kita benci pada DAP mengatasi segalanya.

Agenda pertama ini paling penting kerana ancaman DAP di depan mata, bersatulah kita apa jua cara, apa jua landasan atau apa jua pengorbanan yang terpaksa kita lakukan.

Ada antara kita nak jatuhkan Tun M, ada pula antara kita tak nak Azmin naik dan ada yang mahu Anwar kekal bakal PM selamanya tetapi jangan kita alpa, jangan kita leka untuk terus juang asalkan DAP tumbang terlebih dahulu sebab itu musuh nombor satu orang Melayu.

Berpolitiklah secara bijaksana, buang jauh-jauh politik dendam jika kita mahu Melayu kembali berkuasa, demi survival politik dan masa depan anak-cucu kita semua sambil ‘tanam’ DAP buat selamanya pada PRU15. – 8 Julai 2019

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

AMRAN AHMAD NOR
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3)
Bekas Pegawai Khas LGE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.