SERUAN Tun Mahathir agar Melayu bersatu masih diterima baik dalam kalangan pemimpin UMNO.

Antaranya, bekas Naib Presiden UMNO Hishammuddin Hussein yang memberi teguran kepada ahli partinya sendiri.

Hishammuddin berkata, UMNO tidak perlu bersikap angkuh dengan menepis pelawaan Tun Mahathir menyertai Bersatu.

“Jangan takbur, jangan angkuh, jangan sombong kerana orang (rakyat) ramai perhati.

“Dalam menentukan hala tuju masa depan kena ambil semua sentimen ini yang saya tekankan setiap kali,” katanya.

Hishammuddin juga mengingatkan UMNO agar mengambil kira perpaduan dengan kaum lain dalam menjalin kerjasama untuk mengukuhkan perpaduan umat Melayu, katanya lagi.

“Dalam nak bincang kerjasama kesatuan ummah kena tengok juga apa pula penyatuan kaum lain,” katanya.

Beliau mengulas pendirian beberapa pemimpin UMNO yang menolak pelawaan Tun Mahathir agar semua parti politik Melayu menyertai Bersatu untuk menguatkan kuasa politik orang Melayu.

Antara yang menolak pelawaan itu termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan. – 8 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.