POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat suami kepada Marina Kasman wanita yang meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Sultan Ismail.

Gesaan itu dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah susulan kenyataan yang tidak konsisten oleh lelaki tersebut, A. Bakar Abdul Rahman.

Hairi berkata, kenyataan A. Bakar Abdul Rahman dilihat mencurigakan dan dikhuairi diugut dan berunsurkan rasuah oleh individu yang tidak bertangungjawab.

Katanya, A. Bakar pada mulanya mendakwa kematian isterinya berpunca akibat pencemaran di Pasir Gudang.

Namun selepas Kementerian Kesihatan menafikan arwah Marini meninggal dunia akibat pencemaran A. Bakar kemudiannya menukar kenyataan dan mendakwa  isterinya meninggal dunia akibat kegagalan jantung.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebaliknya turut menafikan dakwaan berkenaan.

“Mangsa meninggal dunia akibat masalah jantung,”katanya.

A. Bakar mendakwa dia tersalah cakap dan masih keliru dengan kematian isterinya itu.

Namun Hairi membangkitkan persoalan tentang kenyataan A. Bakar itu.

“Keadaan menjadi curiga apabila Bakar menukar kenyataanya dengan menyatakan dia hanya tersalah cakap.

“Lebih mencurigakan, Bakar selepas itu bertindak memohon maaf serta menukar pengakuannya dengan memberikan penjelasan bahawa masih sedih dan keliru, serta tidak diberitahu punca sebenar kematian isteri”, kata Hairi.

Hairi turut mempersoalkan identiti beberapa individu yang menemani bapa kepada seorang anak itu membuat laporan polis.

“Persoalanya kenapa identiti mereka dirahsiakan?”

“Adakah mereka berkemungkinan merupakan individu yang menggertak Bakar untuk menukar kenyataan tersebut.

“Pihak PDRM dan SPRM perlu menyiasat perkara ini secara menyeluruh dan melakukan siasatan dengan segera bagi menangani masalah ini.

“Berkemungkinan ada unsur jenayah, peras ugut dan rasuah sehingga mengakibatkan seseorang menukar kenyataan,”kata Hairi dalam satu kenyataan.

Hairi berharap pihak yang bertanggungjawab tampil menyelesaikan dengan menjalankan siasatan segera. – NTHQiBord, 8 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.