NEGARA-NEGARA Teluk kini mempertimbangkan langkah untuk mengharamkan permainan video dalam talian, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Perkara itu disuarakan oleh penggubal undang-undang yang bimbang dengan pengaruh ganas dan ketagihan akibat PUBG terhadap golongan remaja dan dewasa.

PUBG dicipta oleh syarikat Korea Selatan, Bluehole, dan menjadi permainan popular di dunia serta dimuat turun lebih 360 juta kali sejak mula diperkenalkan pada hujung 2017.

Suruhanjaya Kawalan Telekomunikasi (TRC) Jordan sudah mengambil langkah menyekat
permainan PUBG di negara itu dan memberi amaran bahawa permainan itu memberi kesan buruk kepada pemainnya.

TRC berkata PUBG telah terbukti mempromosikan keganasan dan sikap yang negatif.

Malah kerajaan Jordan juga melarang penjawat awam untuk bermain permainan itu.

Majlis Syura Arab Saudi juga dilaporkan sedang membahaskan langkah untuk mengharamkan PUBG.

Langkah itu disarankan oleh Majlis Syura Arab Saudi dan ahlinya Mohammad Al-Qahtani berkata pihaknya menerima banyak aduan negatif yang dikaitkan dengan permainan itu.

Sebelum ini, India dan Sri Lanka mengharamkan permainan itu yang dikatakan mempromosikan keganasan. – AGENSI, 8 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.