PRESIDEN Amanah (PAN), Mohamad Sabu sudah tidak gentar dengan kerjasama PAS dan UMNO, sebaliknya menyifatkan hubungan mesra kedua-dua parti itu menguntungkan Pakatan Harapan (PH).

Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu berkata, sokongan Melayu kepada PH semakin meningkat sejak PAS dan UMNO bekerjasama.

“Sokongan orang Melayu kepada PH semakin meningkat, terutamanya selepas sahnya ‘perkahwinan’ PAS dan UMNO,” katanya.

Kenyataannya itu berbeza pada 8 Mac lalu apabila beliau menyatakan bahawa PH terancam dengan kerjasama UMNO-PAS.

Mengulas mengenai pelawaan Tun Mahathir Mohamad kpeada parti Melayu untuk menyertai Bersatu, Mat Sabu berkata Perdana Menteri berhak untuk membuat langkah tersebut.

Katanya, ia merupakan langkah untuk menguatkan kedudukan politik parti Bersatu yang masih baru dan tidak banyak kerusi dalam Parlimen.

“Memanglah parti politik beliau, beliau mahu partinya kuat. Itu biasa. Dan itu hak ahli parti lainlah untuk (sertai).

“Bagaimanapun orang-orang Melayu mesti ada kekuatan, tertutamanya dalam PH (Pakatan Harapan) supaya kerajaan dibentuk seimbang dan dilihat lebih kuat, pada masa akan datang,” katanya.

Malah beliau sendiri mengakui sedang giat memujuk ahli PAS untuk menyertai PH.

“Saya sendiri sedang berusaha, termasuk pergi ke kubu kuat PAS di Kedah misalnya, supaya mereka menyertai PH untuk terus kekal memerintah pada pilihan raya umum akan datang,” katanya. – 8 Julai 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.