PELAWAAN Tun Mahathir Mohamad tentang penyatuan parti-parti Melayu terus mendapati reaksi daripada pemimpin parti politik tanah air.

Seperti Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau mempunyai pandangan tersebut.

Mengulas mengenai jemputan Tun Mahathir agar parti Melayu menyertai Bersatu, Tuan Ibrahim memberi jawapan tersendiri kepada pelawaan itu.

“UMNO adalah parti terbaik untuk bekerjasama dengan PAS.

“Walaupun mana-mana kerjasama politik dialu-alukan parti Islam itu, mereka konsisten dalam hubungan dengan Umno.

“Gabungan dua parti ini asas. Parti-parti lain harus lihat kepada kekuatan yang ada pada Umno dan PAS.

“Dalam konsep penyatuan, sebab harus ingat (yang) Umno masih menjadi core kepada parti politi Melayu Islam di Malaysia,” katanya.

Mahathir sebelum ini menjemput semua parti Melayu untuk menyertai Bersatu demi perpaduan Melayu.

Katanya, pada waktu ini, parti Melayu kini berpecah kepada enam iaitu Bersatu, UMNO, PAS, PAN, PKR dan Putra. – 8 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.