RAJA Salman mengarahkan kerajaan Arab Saudi menjemput 1,000 jemaah haji dari keluarga pejuang Palestin yang terkorban dalam peperangan menentang Israel.

Kesemua jemaah itu akan menyertai sebahagian Program Tetamu Dua Masjid Suci untuk Haji dan Umrah.

Menteri Hal Ehwal Islam, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh menyuarakan penghargaannya terhadap sifat murah hati Raja Salman terhadap penduduk Palestin.

Al-Asheikh berkata kementeriannya akan menguruskan arahan Raja Salam itu dengan
mengendalikan proses perjalanan jemaah dari Palestin dengan kedutaannya di Jordan dan Mesir.

Kementerian itu akan menguruskan semua prosedur yang diperlukan untuk datang ke Arab Saudi menggunakan penerbangan khas.

Selain itu kementerian tersebut akan menawarkan perkhidmatan lain untuk membantu jemaah dari Palestin menunaikan haji. – AGENSI, 8 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.