SYED Saddiq menjadi bahan kecaman penyokong sendiri apabila melantik individu dari Puteri Umno untuk menjadi Felo Perdana di Pejabat Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Felo Perdana adalah sebuah program bertemakan ‘white house internship’ yang menempatkan anak muda terpilih bekerja bersama menteri kabinet.

Siti Nor Azliza Ali, memuatnaik di laman Facebook beliau mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana memilih dirinya berbanding 848 pemohon.

Siti, yang merupakan Puteri Umno itu juga memaklumkan akan mula bertugas pada Isnin (8 Julai 2019) di pejabat Menteri Kewangan di Putrajaya.

Semalam, individu yang menggunakan nama Mohd Ein, mengecam perlantikan Puteri Umno itu dalam bentuk sindiran kerana tidak berpuas hati dengan sifat keterbukaan Saddiq.

Mohd Ein juga menulis Ahli Parlimen Muar itu tidak mempedulikan pejuang awal yang bermati-matian memastikan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihanraya lalu.

” Tahniah KBS dan ‘Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terutamanya. Kalau boleh ambil ja semua dalam umno tu masuk isi apa jua kekosongan jangan katakan hal felo kalau ada agensi2 dalam KBS tu pun kasi ja semua kepada penyokong umno. Ya la Umno ja ada yang berkelulusan dalam semua yg saddiq nak. Penyokong sendiri semua sekolah darjah 6 ja. Kita faham saddiq tiada pilihan…”

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan balas atau jawapan dari pihak Syed Saddiq berkenaan lantikan Puteri Umno ke dalam pejabat menteri PH. -NTHQiBord, 8 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.