PEMBERIAN elaun kritikal kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini, kata Zuraida Kamaruddin.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata pihaknya sedang meneliti beberapa prosedur termasuk kedudukan kewangan negara.

“Perkara itu sedang diteliti oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan masih dalam perbincangan dengan Jabatan Perbendaharaan,” katanya.

Zuraida menyifatkan elaun itu bonus buat mereka sekiranya memperolehinya tahun ini tetapi ia bukan sesuatu yang mudah.

“Pada tahun ini, ia (tidak mungkin), tetapi jika mereka memperolehnya pada tahun ini, maka ia adalah bonus tetapi pada pendapat saya, ia tidak mudah untuk mendapatkannya pada tahun ini”, katanya.

Sebelum ini insentif sebanyak RM200 itu bertujuan untuk membantu dan memberi perhatian khusus kepada mereka.

Zuraida menjelaskan bahawa antara isu yang dibangkitkan termasuk keperluan untuk menaik taraf ‘barisan para bomba kerana mereka terlibat dalam pekerjaan yang sangat berisiko.

“Pemberian elaun itu dibangkitkan sejak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan muncul semula apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan,” katanya.

Jelasnya, terdapat pelbagai isu lain yang perlu diberi keutamaan dan perhatian walaupun telah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin.

“Agong dan Sultan Nazrin bersetuju tetapi kami mempunyai prosedur dan beberapa isu lain perlu diberi keutamaan,” katanya. – 8 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.