SEMALAM berlangsung sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3.

Dilaporkan acara perasmian sambutan ini diboikot oleh warga Felda sendiri.

Menurut catatan seorang netizen, Mohd Fadzil ketika Tun Mahathir sedang berucap, lebih separuh warga Felda meninggalkan majlis.

Dakwanya, antara punca warga Felda bertindak sedemikian kerana Mahathir mencadangkan untuk menggabungkan tanah-tanah pemilik Felda menjadi suatu kebun yang luas.

Mahathir mencadangkan supaya kebun yang luas ini diuruskan oleh mereka yang pakar.

Alasan Mahathir ialah, hasil dan pendapatan diperoleh menerusi inisiatif itu akan diagihkan berdasarkan jumlah keuntungan dijana dari kawasan tanaman itu sebelum dibahagikan dengan bilangan peneroka.

Selain itu, Mahathir mencadangkan dipelbagaikan juga tanaman di kawasan terbabit.

Bagi peneroka cadangan ini bertujuan mengambil tanah mereka untuk dicantumkan dan diberi kepada kroni-kroni yang dikatakan pakar mengurus projek penanaman baru, ulas Mohd Fadzil lagi.

Peranan kerajaan sepatutnya meningkatkan pemasaran sawit dan getah bukan berfikir membuat projek baru tanam sayur, buluh dan sebagainya.

Mohd Fadzil turut menempelak Mahathir dan Azmin dan mengingatkan tidak semua warga Felda tidak mampu menilai apa yang kerajaan sekarang lakukan.

Warga juga mengikuti perkembangan ekonomi negara, juga mengetahui bagaimana aset negara dijual dan sebagainya.

Selama ini pada zaman BN, sebahagian besar warga Felda mampu menguruskan ladang sawit dan getah dengan baik dan mampu menjana pendapatan lumayan.

Namun, yang menjadi masalah kepada mereka ialah kawalan harga bagi kedua-dua hasil tersebut bergantung kepada kebijasanaan kerajaan mengurus ekonomi.

Jadi hakikatnya masalah ini bukan kerana peneroka Felda malas, tidak pandai mengurus, atau saiz ladang yang kecil tetapi pihak kerajaan sendiri yang memanipulasi keadaan untuk kepentingan politik dan kroni mereka.

Turut hadir dalam majlis sambutan itu termasuklah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar. – 8 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.