ISU video panas Datuk Seri Azmin Ali seolah-olah sudah dilupakan.

Siasatan polis masih belum diketahui tapi salah seorang pelaku dalam video itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz sudah menerima padah.

Ketua AMK Santubong itu dipecat dari PKR dan Kementerian Industri Utama.

Ketika ada pihak mendesak dengan berdemo untuk menggesa Azmin meletak jawatan, tiba-tiba pula Tun Mahathir Mohamad menyeru parti Melayu bersatu.

Hal ini mengundang persoalan sama ada Tun Mahathir cuba mengalihkan isu Azmin dengan mengajak parti Melayu menyertai Bersatu.

Menjawab persoalan itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pelawaan ‘mengejut’ Tun Mahathir bukan sekadar taktik mengalihkan isu Azmin.

Jelasnya, Tun Mahathir berdepan tekanan yang lebih besar dari isu Azmin iaitu penguasaan DAP dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya rasa (isu) yang lebih serius adalah DAP mula tak sokong dia (Tun Mahathir).

“Dia tergugat, dia (fikir) survival dia sendiri sebagai perdana menteri.

“(Jadi) kita kena selamatkan dia, kalau DAP tarik sokongan, habislah dia.

“Dia akan cari jalan jika sesuatu berlaku supaya dia selamat,” katanya. – NTHQiBord, 9 Julai 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.