Ketua Pembangkang itu berkata, DAP adalah watak utama yang dilihat telah membuat perancangan rapi terutama dalam mengganggu gugat hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

SEORANG Exco Perak dari parti DAP didakwa merogol pembantu rumah sendiri, lapor media tempatan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Pembantu rumah itu tampil membuat laporan selepas dipercayai dirogol di kediaman milik exco itu di Meru Ipoh,” katanya.

Jelasnya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Ya… kita sudah menerima laporan polis yang dibuat mangsa semalam dan siasatan kini sedang dijalankan”.

“Buat masa ini belum ada tangkapan namun suspek akan ditahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya.

Mangsa merupakan warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah exco berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, pihaknya memandang serius dakwaan itu.

Menurutnya, DAP berpandangan tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut secara menyeluruh.

“DAP berpandangan tiada siapa yang mengatasi undang-undang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh”.

“Tindakan yang sepatutnya akan diambil, bergantung kepada hasil penyiasatan yang dijalankan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.- 9 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.