HAZIQ Abd Aziz, lelaki yang mencipta ‘fenomena semburit’ kerana penularan video miripnya dan menteri telah pun dipecat dari PKR baru-baru ini.

Namun Anwar Ibrahim, Presiden PKR dalam kenyataannya semalam berkata Haziq boleh merayu kepada Lembaga Disiplin PKR yang memecat keanggotaan beliau dalam parti.

“Dia ada proses. Ahli yang dipecat boleh merayu dan itu kepada Lembaga Disiplin bukan kepada saya,” kata Anwar di Lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Haziq yang mahu merayu kepada parti terhadap keputusan pemecatannya berikutan pengakuan bahawa dirinya merupakan individu yang bersama seorang mirip dalam video semburit.

Pada 19 Jun lalu, Biro Politik PKR memberi Haziq Abdullah tempoh selama 14 hari untuk memberi surat tunjuk sebab, rentetan dari kemelut video tersebut yang tular di media sosial.

Haziq diberi peluang yang cukup besar dan luas untuk menjelaskan kesalahan beliau, dan peluang untuk mendapatkan kembali tempat ke dalam PKR walaupun tindakan Haziq jelas mencemar parti politik itu.

PKR atau Azmin Ali sendiri sepatutnya menyaman Haziq, namun mereka tidak lakukan itu hingga menimbulkan keraguan awam terhadap ketelusan PKR dalam menangani masalah moral yang melanda parti. – NTHQiBord, 9 Julai 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.