PERSIDANGAN Parlimen hari ini dijangka menarik kerana buat pertama kalinya isu berkaitan video Azmin akan disebut.

Menurut penganalisis politik, Dr Kamarul Yusoff pada soalan 117 kelihatan Parlimen membenarkan satu soalan mengenai klip video seks sejenis melibatkan menteri tersebut ditanya oleh Ahli Parlimen DAP dari Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Sebelum ini, pada 17 Jun lalu Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, telah memberikan amaran kepada Ahli Parlimen agar tidak membangkitkan sebarang isu berhubung klip video seks sejenis melibatkan seorang menteri.

Mohamad Ariff malah berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang menimbulkan isu itu mengikut peraturan Parlimen kerana soalan begini dikatakan boleh menjejaskan proses siasatan.

“Saya sebaliknya berkata bahawa mengikut peraturan Parlimen soalan yang tidak boleh ditanya hanyalah “perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah dan perkara yang dalam timbangan mahkamah”, bukan “perkara yang dalam siasatan,” kata Kamarul.

Bagi beliau, soalan ini meminta “Menteri Dalam Negeri menyatakan secara spesifiknya tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap Haziq Abdul Aziz berkenaan pengakuan beliau di dalam satu rakaman video tular terhadap satu kemungkinan kelakuan jenayah di bawah Kanun Keseksaan”.

Antara beberapa isu berbangkit mengenai soalan ini menurut pandangan Kamarul ialah;

Apa tujuan Ramkarpal Singh menanyakan soalan ini?

Mengapa Speaker Dewan Rakyat membenarkan soalan ini ditanyakan?

Bila soalan ini dibenarkan, apakah ini bermakna ia adalah satu pengakuan bahawa Speaker Dewan Rakyat tersilap sewaktu mengumumkan larangan ke atasnya?

Bila soalan ini dibenarkan, apakah ini bermakna semua Ahli Parlimen lain juga kini dibenarkan untuk membangkitkan sebarang isu berhubung klip video seks ini?

Dalam perkembangan lain, Latheefa Koya dilaporkan telah menarik diri daripada siasatan kes Azmin.

Alasan yang diberikan ialah mengelakkan persepsi tidak baik orang awam kerana beranggapan beliau ada hubungan yang baik dengan Azmin. – 9 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.