CHEF Wan dengan selamba hina peneroka Felda dengan menyamakan mereka seperti kucing yang suka beranak.

Tapi dengan muka tak malu, chef selebriti yang nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail dengan bangga menerima gelaran Ikon Anak Felda yang dianugerahkan kerajaan baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah ‘tibai’ Chef Wan dengan menyindir beliau dirasuk syaitan.

Malah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman juga menyifatkan anugerah yang diberikan kepada Chef Wan itu sebagai memalukan kerana ada individu lain yang lebih layak.

Terbaharu, pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah turut memerli Chef Wan.

“Yang malas dan menyalahgunakan bantuan kerajaan hanya segelintir sahaja. Ramai lagi peneroka hebat.

“Tidak wajar Chef Wan membuat generalisasi, peneroka Felda malas, menyalahgunkan bantuan kerajaan, suka kawin ramai dan beranak seperti kucing (beranak ramai).

“Kucing tidaklah beranak banyak sangat Chef Wan. Babi lagi banyak beranak. Elok berterus terang,” kata Ridhuan kepada portal Ismaweb.

Ridhuan Tee juga mengingatkan Chef Wan bahawa urusan untuk berkahwin lain dan beranak ramai adalah hak individu.

“Siapa kita untuk menahan. Lagipun anak itu rezeki. Paling penting, ramai atau sedikit anak, menjadi. Apa jaminan Chef Wan mereka yang beranak sedikit itu lebih berjaya daripada yang beranak ramai. Chef beranak sedikit, adakah semua menjadi belaka? Jaga sedikit mulut Chef Wan.

“Saya tidak nafikan ada peneroka yang khianat, menyalahgunakan peruntukan Felda seperti bantuan baja, anak benih dan sebagainya, hukumlah mereka. Sama juga jika sabit mereka yang menyewengkan wang 1MDB.

“Masih ramai lagi peneroka yang gigih dan berjaya. Kenapa yang sedikit buruk itu ditonjolkan, sedangkan banyak kebaikan peneroka diselindungkan,” katanya.

Beliau berkata, demikian juga masalah dadah yang melanda Felda, sehingga Sultan Pahang turut terkesan dengan menyarankan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk menyelamatkan Felda daripada menjadi sarang dadah.

“Menjadi kebimbangan saya selepas ini, jika Ikon Felda ini masuk ke Felda untuk mendekati mereka, takut kena baling telur busuk menanti.

“Elok Chef Wan fokuskan apa perancangannya dalam bidang kulinari untuk membangunkan Felda daripada mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan,” katanya. – 9 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. Icon felda dipilih bukan kerana penonjolannya tp kerana kuat sokongannya terhadap pigh. Disebabkan fitnah yg begitu dahshat oleh pigh beliau didorong mengeluarkan kenyataan sedemikian. Cwan Istifarlah byk2 semoga Allah mengampuni kamu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.