PUTRAJAYA menerima empat tawaran daripada syarikat yang berminat untuk mengambil alih syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd, kata Tun Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan tawaran pengambilalihan itu kerana kerajaan perlu meneliti kesemua cadangan yang dikemukakan.

“Banyak orang buat tawaran, ada yang beli, ada yang nak uruskan sahaja.. kita sedang mengkaji cadangan-cadangan ini.

“Kami perlu mengkajinya dengan teliti, sebab kita dah tukar banyak kali… tak jadi…oleh itu kita perlu cara seseorang yang ada pengalaman,” katanya.

Dr Mahathir berkata, banyak syarikat tempatan yang telah menghantar cadangan untuk mengambil alih syarikat penerbangan itu.

“Mereka merasakan mampu memulihkan syarikat penerbangan itu dan sebelum ini pun banyak orang yang telah dilantik tetapi tiada perubahan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pengasas Bersama Kumpulan AirAsia Bhd Datuk Pahamin Ab Rajab,
Artikel Penuh menyatakan hasrat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines dengan cadangan pengambilalihan beliau telah dikemukakan kepada Dr Mahathir.

Dalam pertemuan itu, Pahamin dan rakan usahawannya yang lain dilaporkan meletakkan sasaran tempoh 18 bulan untuk membantu kerajaan memulihkan Malaysia Airlines, selain menjanjikan tiada pembuangan pekerja. – 9 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.