BERSATU tidak akan menerima Ahmad Zahid Hamidi menyertai parti itu kerana Umno sendiri tidak mahu menerima Presiden UMNO, kata Tun Mahathir Mohamad.

Beliau menempelak demikian bagi menjawab kenyataan Ahmad Zahid bahawa UMNO tidak akan menyertai Bersatu.

Terdahulu, Ahmad Zahid menolak pelawaan Tun Mahathir untuk menyertai parti itu kerana menyifatkan parti Bersatu bersekongkol dengan musuh orang Melayu iaitu DAP.

Ahmad Zahid yang pernah bertemu dengan Tun Mahathir dua kali selepas kekalahan Pilihanraya Umum ke-14, terpalit dengan pelbagai kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini masih dibicarakan di mahkamah.

Tun Mahathir mencetuskan polemik baru dalam negara apabila menyeru semua orang Melayu termasuk UMNO untuk menyertai Bersatu dalam program rumah terbuka di Johor baru-baru ini.

Seruan Tun Mahathir mendapat maklum balas negatif dari beberapa pemimpin tertinggi Umno termasuk Ahmad Zahid, Mohamad Hasan, Ismail Sabri, Annuar Musa, dan Khaled Nordin.

Bagaimanapun Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin menyifatkan seruan Tun Mahathir perlu disambut dengan positif demi kemenangan Melayu. – NTHQiBord, 9 Julai 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.