Pesalah undang-undang kini tidak perlu memakai baju lokap kerana dilihat bertentangan dengan prinsip undang-undang.

Pemakaian baju berwarna oren ke mahkamah dihentikan bagi suspek yang ditahan.

Ketua Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, perkara itu sejajar dengan anggapan tidak bersalah atau presumption of innocence serta Fasal 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Amalan membawa suspek Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren telah dihentikan”.

“Pemakaian baju berkenaan dilihat bertentangan dengan prinsip undang-undang”.

“Tahanan SPRM juga dibenarkan untuk memakai pakaian sendiri untuk ke mahkamah,”katanya.

Selain itu, Latheefa melihat penggunaan gari tangan akan dilakukan sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian atau pesalah didapati berkelakuan agresif.

“Gari tangan akan hanya digunakan di mana perlu”.

“Jika terdapat risiko terlepas lari atau kelakuan agresif”.

“Penggunaan gari adalah tidak dibenarkan dalam ruang bilik mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaubagaimanapun, Latheefa menegaskan SPRM tidak akan berkompromi dalam membanteras isu rasuah.

“SPRM setiap masa akan mendukung kepada kedaulatan undang-undang,”katanya.

Pemakaian baju lokap dah dihentikan, entah apa lagi yang akan dihentikan lepas ni. –9 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.