SERUAN Tun Mahathir Mohamad agar orang Melayu bersatu sudah mula disahut.

Berdasarkan mesej yang tular dalam media sosial hari ini, penyanyi dari kumpuan rap popular KRU, Datuk Norman Abdul Halim kini sah menyertai Parti Bersatu.

Berita itu disiarkan oleh Facebook Pemikiran Mahathir yang memaparkan gambar Norman menyerahkan borang Bersatu kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.

“Setelah Tun pengerusi BERSATU mempelawa org Melayu supaya bersatu, Dato’ Norman Abdul Halim telah menyerahkan borang utk menjadi ahli Bersatu seumur hidup kpd SETPOL PM, Abu Bakar Yahya hari ini,” kata kapsyen gambar itu.

Rata-rata maklum balas netizen tentang berita itu memberi kata-kata positif kepada Norman dan Tun Mahathir.

Jumaat lalu, Tun Mahathir semua parti politik Melayu agar bergabung dan menyertai Bersatu bagi mengukuhkan kedudukan politik kaum majoriti itu di negara ini.

Semalam, beliau sekali lagi mengajak mana-mana pihak untuk menyertai partinya itu yang kini mempunyai lebih 20 kerusi di Parlimen. – 9 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.