MAJLIS istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan exco kerajaan negeri Perak yang sepatutnya berlangsung esok, ditunda atas titah Sultan Perak.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menitahkan keputusan untuk menunda majlis tersebut berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Perak.

Kenyataan itu berkata, majlis istiadat tersebut ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan.

Bagaimanapun punca majlis itu ditunda tidak dapati dipastikan.

Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan kes rogol melibatkan seorang exco dari parti DAP yang dilaporkan awal hari ini.

Exco terbabit didakwa merogol pembantu rumahnya sendiri, seorang warga Indonesia yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Polis mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan. – 9 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.