Isu video seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali belum sampai ke penghujungnya.

Namun, isu ini semakin berjaya disejukkan dengan pelbagai isu semasa yang lebih hangat.

Di sebalik semua hiruk pikuk video itu pelbagai persoalan dan tanda tanya yang timbul.

Dari segi proses keadilan dan perundangan, terdapat beberapa tanda tanya mengenai siasatan polis untuk video intim Sandakan seseorang itu, demikian soal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib memetik beberapa kenyataan daripada pihak yang terlibat secara langusng.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik telah menjawab;

“Video masih dalam siasatan (selepas 1 bulan lebih)”;

“Tidak menetapkan sebarang tempoh untuk menyelesaikan kes tersebut”; dan

“Selepas itu, kita akan serahkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) untuk rujukan seterusnya”.

Dalam artikel yang sama, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador pula berkata;

“Siasatan tersebut memerlukan tempoh masa yang panjang dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa”;

“Kita tidak mahu ada individu teraniaya akibat siasatan yang tergesa-gesa dan terdapat prosedur tertentu harus diikuti”;

“Kita juga amat berhati-hati dalam siasatan ini selain mendapatkan panduan dari pejabat peguam negara”.

Berdasarkan jawapan tersebut timbul beberapa persoalan.

Kenapa siasatan polis perlu dihantar ke PM ke-7 untuk tindakan lanjut dan bukan kepada pejabat pendakwa raya?

Adakah ia perlu lebih dari satu bulan untuk menentukan sebuah video itu adalah sahih sedangkan pakar luar negara hanya perlu masa sehari sahaja?

Kenapa pejabat peguam negara perlu memberi garis panduan khas kepada pihak polis untuk kes ini?

Untuk makluman, Haziq Aziz, salah seorang yang mengaku dirinya adalah individu dalam video terbabit telahpun dipecat daripada PKR.

Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Ahmad Kasim berkata, pemecatan Haziq kerana didapati melanggar tatacara disiplin parti, ia berdasarkan tuduhan rasuah secara terbuka dan tanpa bukti serta kes yang masih dalam siasatan polis.

Permainan belum tamat lagi. Gajah sama gajah bertarung, rumput yang rosak binasa. – 9 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.