SETIAUSAHA Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan pembubaran parti itu bagi menyertai parti politik lain.

“UMNO sama sekali tidak akan dibubarkan untuk menyertai mana-mana parti politik lain,” katanya.

Menurut Annuar, UMNO dan PAS akan terus berjuang berdasarkan prinsip setiakawan dan Piagam Bersama.

Selain itu, Annuar berkata, kedua parti ini secara tegas menolak kerjasama dengan parti atau pihak yang menjalin kerjasama dengan DAP.

“UMNO-Pas juga menolak ikatan atau kerjasama dengan mana-mana parti atau pihak yang menjalin kerjasama dengan DAP,” katanya.

Tegas Annuar lagi, pendirian itu adalah kesedaran mereka bahawa pemerintahan DAP berdasarkan sosialisme.

“ Kita sedar bahawa asas DAP berdasarkan sosialisme serta strategi ‘Malaysian-Malaysia’ bertentangan dengan UMNO dan Pas”.

“UMNO komited dengan usaha membentuk kerjasama (ta’awun) politik dengan Pas”.

“Ta’awun UMNO-Pas merupakan gagasan perpaduan dan penyatuan Melayu yang paling berkesan dalam arena politik demokrasi berparlimen tanah air kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Annuar berkata, sebarang kerjasama yang akan dijalinkan oleh UMNO akan dirujuk dan dibincangkan terlebih dahulu bersama PAS, dan akan diputuskan, sekiranya ia bersesuaian dengan piagam kedua parti itu.-10 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.