EXCO Perak Paul Yong Choo Kiong yang juga Adun Tronoh dari DAP menafikan dia merogolnya, mencabul atau melakukan apa-apa gangguan terhadap orang gajinya.

Tindakanya itu betul. Semua orang secara logiknya akan menafikan.

Tetapi itu bukan isunya.

Yang menjadi isu ialah, kenapa Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng memberi amaran kepada pihak polis kerana kononya tergesa-gesa menangkap Yong.

Lim dipetik berkata;

“Polis perlu berhenti menangkap orang secara tergesa-gesa dan apatah lagi cuma berdasarkan laporan yang dibuat semata-mata.”

“Penangkapan cuma boleh dibuat selepas bukti yang pasti menunjukkan seseorang itu bersalah telah ditemukan oleh polis.”

Adakah Lim tahu bahawa sebelum ini, jika ada laporan polis kes yang serupa, pihak polis akan membuat tangkapan bagi membantu siasatan?

Adakah selepas ini jika ada laporan polis berkaitan rogol maka yang dituduh juga ada hak yang sama seperti Yong?

Kenapa sebelum ini Lim tidak pernah membuat teguran yang sama? Atau hanya tertakluk jika tertuduh adalah ahli DAP?

Dalam hal ini, Datuk Seri Najib dalam Facebooknya mengingatkan orang ramai kejadian yang hampir sama berlaku di Pahang dahulu.

Pihak berkuasa perlu ingat amaran dari pemimpin DAP Pahang itu:

“Sesiapa nak lawan PH, akan datang dia pun tak boleh aman”.

Najib menegaskan sepanjang zaman BN tidak pernah sekalipun mana-mana pemimpin BN menegur polis kerana menahan suspek secara terbuka macam ini.

Tak pernah sekalipun seorang pemimpin BN mengugut polis dengan amaran begitu seperti yang dibuat oleh pemimpin DAP Pahang itu.

“Tapi DAP memang power luar biasa,” sindir Najib.

Dalam isu tersebut Mohd Hafez Sabri, Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengesa agar segala urusan kerja melibatkan Exco DAP tersebut digantung serta-merta sehinggalah kes dakwaan tersebut selesai.

Walau bagaimanapun, Pemuda PAS Perak tetap berpegang teguh dan konsisten dengan pendirian ‘seseorang itu tidak bersalah selagimana tidak dibuktikan ia bersalah’.

Pemuda PAS Perak berharap siasatan yang berlaku benar-benar adil dan semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berwajib melakukan tugasan. – 10 Julai 2019

1 COMMENT

  1. Cina DAP tetap menyokong kaum mereka tanpa mengira samada kaum mereka salah atau sebaliknya terutamanya apabila pihak yang terbabit adalah orang Melayu dan seumpamanya yang beragama Islam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.